| | | | |
korporat
info
 
carian
   
 
 
 







Jumlah Pelawat



 
  Apakah program-program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan?  
 
  Antara program-program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan adalah Program Rakan Muda, Program Kepimpinan Perdana dan berbagai lagi program. Untuk maklumat lebih lanjut, sila ke bahagian Program di laman web KBS.
 
 
  Dimanakah lokasi IKBN/IKTBN yang dikendalikan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia?  
 
  Terdapat 15 buah IKBN/IKTBN yang dikendalikan oleh KBS seperti berikut :

IKBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
IKBN Chembong, Rembau, Negeri Sembilan
IKBN Bachok, Kelantan
IKBN Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.
IKBN Pagoh, Muar, Johor
IKBN Jitra, Kedah
IKBN Seri Iskandar, Bota, Perak.
IKBN Wakaf Tapai, Marang, Terengganu
IKBN Kuala Perlis, Perlis
IKBN Peretak, Kuala Kubu Baru, Selangor
IKTBN Sepang, Selangor
IKBN Pontian, Johor - IKBN ini dikendalikan oleh KOBENA
IKBN Temerloh, Pahang
IKBN Miri, Sarawak
IKBN Kinarut, Sabah

 
 
  Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan latihan kemahiran yang dijalankan oleh IKBN/IKTBN?

 
 
  Anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan dari

Bahagian Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia,
Aras 3, Menara KBS,
No 27 Persiran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya
E-mel : kemahiran@kbs.gov.my
No. Tel : 03-88713333
No. Faks : 03-88888785

 
 
  Bagaimanakan saya boleh mendapatkan maklumat berkenaan perlaksanaan program-program sukan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.  
 
  Maklumat berkenaan pelaksanaan program-program sukan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bolehlah didapati dengan menghubungi atau mengunjungi sendiri ke

Jabatan Belia & Sukan Negeri Kelantan
Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu, Kelantan
Pej : 09-766 1200
Faks : 09-766 7265/764 2919

 
 
  Apakah program-program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda.  
 
  Program-program anjuran Bahagaian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ialah :-

1. Rakan Muda Cinta Alam ARPRM
2. Penjelajahan Cinta Alam ARPRM
3. Bengkel Kemahiran Inovasi Sosial ARPRM
4. Pengurusan Badan Operasi ARPRM
5. Aktiviti Y-Blog
6. Aktiviti Members Chalengges
7. Aktiviti Pusat Siber di PKRM
8. Kem Rakan Muda Jiran Muda
10. Aktiviti Rakan Muda Dinamik RMWD IPT
11. Khemah Kerja Patriotik Remaja
12. Kursus Crime Awareness Team (CAT)
13. Crime Awareness Team (CAT) di Komuniti
14. Info On Wheel Crime Awareness Team
15. Out reach to Hot Spot Crime Awareness Team
16. Taklimat Asas Skuad Muda Rela
17. Latihan Asas Skuad Muda Rela
 
 
  Bagaimana saya boleh menyertai Ahli Skuad Muda Rela??  
 
  Untuk menjadi Ahli Skuad Muda Rela, anda perlu mendaftar melalui borang yang disediakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah dimana tempat anda berada. Kemudian anda perlu mengikuti taklimat Asas Skuad Muda Rela yang dianjurakan oleh Pejabat Belia dengan kerjasama Rela daerah. Selepas itu anda perlu menjalani Latihan Skuad Muda Rela yang diadakan di Pusat Latihan Rela Kuala Berang, Terengganu selama 1 minggu sebelum diiktiraf sebagai rela yang berdaftar.
 
Dasar Keselamatan Dasar Privasi Penafian
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Kompleks Belia dan Sukan Panji, 15200 Kota Bharu Kelantan
Tel : 09-766 1200 Fax : 09-766 7265/764 2919
Hakcipta Terpelihara 2009. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Gunakan Internet Explore(IE) 6.0 ke atas dengan resolusi 1024 X 768 untuk paparan terbaik.
Versi 1.0 Kemaskini terakhir pada : 25/05/2013